Tuesday, April 14, 2009

KENAPA TRADE FOREX (2)

Sambungan ......

3. OVERHEAD KECIL . Untuk berdagang forex anda tak perlu nak sewa ofis. Cukup hanya berada dirumah saja. Mustahak ada laptop ada line internet. Staf pun tak perlu ada. Tapi yang penting adakah anda mempunyai knowledge pasal forex? ada skill ? ada displin ? Kalau belum bersedia, pi la join mana-mana kelas forex dulu.. atau pun mai pakat-pakat joint kelas yang dianjurkan oleh MENOREX. pasti ada puas hati.

4. ADA PELUANG HIDUP SENANG... Bila anda dah pandai trading forex disana anda akan tahu bahawa peluang untuk anda hidup senang terbuka luas. Tanya la sapa-sapa yang dok trading forex. Rupa-rupa nak cari duit bukanlah susah sangat. Tak perlu nak guna tenaga 4 kerat. pakai otak je dok depan komputer.

Sebab tu jangan kita pelik bila lihat ada teman-teman nampak relaks je.. Orang pagi-pagi dok bekejar-kejar pi kerja, dia dok melepak kat kedai kopi. Pakai kereta mewah. Nampak macam tak kerja buat tapi hidup mewah.. Rupa-rupanya member kita main forex.. Macam mana nak senang kita bincang lain kali .

5. ADA LEVERAGE/PENUASAN. Hebatnya forex ada leverage yang diberi oleh brokers.
Biasanya depa bagi leverage 1:100 atau 1:200 atau 1:400. Kalau anda main saham, anda perlu modal yang besar kerana nak beli saham mesti 1 to 1 . Dalam forex, kalau anda ada USD 1 anda boleh memiliki aset sebanyak 100x ganda ( kerana adanya leverage). Ini bererti dengan modal yang kecil anda mampu memiliki aset yang lebih besar. Kalau anda ada USD 1,000 anda boleh memiliki aset sebanyak 100x ganda atau 100,000 unit.... kat lain mana nak dapat. Pas tu tak ada interest pula tak kiralah berapa lama anda memilikinya.

No comments:

Post a Comment