Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52


Selamat Menyambut Hari KeMerdekaan Negara kita
yang ke 52....... muga tahun-tahun berikut kita
dapat hidup dengan lebih aman dan makmur.
merdeka.....merdeka..... merdeka.
Selamat berpuasa dan selamat trading forex.

Thursday, August 27, 2009

LAK SAM NAIK.....


hehe...... saya suka sangat berbuka puasa dengan laksam. Setiap hari pasti laksam yang akan saya cari di pasar-pasar ramadhan.
Akan tetapi kenapa la orang kita buat bisnes dah tau laksam hangpa buat tak sedap buat apa dok pi jual ? Kurus pahala puasa kerana dok maki hamun kat penjual laksam ....dah lah laksam mahal.... Harga dah naik RM3.00 tapi rasa hampeh.... Menyosal den bolii.
Komen den.. pi la belajar wat laksam dgn chef Wan dulu, baru leh buat bisnes laksam... baru ler ada repeat business.

Wednesday, August 26, 2009

SHAMPOO HEAD & SHOULDER


MAAF LA LAMA TAK UP DATE ENTRI..... hehe bz entah apa2 hal peribadi banyak sangat bulan-bulan puasa.
Kalau anda perhatikan chart GBP/USD daily...... ianya menunjukkan tanda-tanda pattern macam mahu jadi head and shoulder. kedudukan rate sekarang mencecah neck line . Kalau ianya betul maka pasti GBP akan menjunam keparas 1.60xx
Sama-sama kita lihat ramalan ini. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DENGAN MENINGKATKAN AMALAN KITA.

Tuesday, August 4, 2009

ALHAMDULILAH RAMALAN BETUL

Syukur ke hadrat Allah SWT ramalan saya pada entri sabtu 1/8/09 telah menjadi kenyataan. Hari ini kalau anda melihat chart GBP/USD telah pun mencecah ke paras 1.7000 hanya sedikit saja lagi target saya akan menjadi kenyataan.

Walau apa pun GBP akan terus bergerak hingga ke 1.8000 sebelum dia buat major reversal.

Anda akan menjadi forex trader berjaya kalau master dalam trend dan chartpattern.

SELAMAT TRADING.... hehehe......

ALHAMDULILAH RAMALAN BETUL

Sunday, August 2, 2009

DIA DATANG LAGI

Masih ke anda ingat dengan pelaburan melalui internet yang melanda negara kita dalam 4-5 tahun lepas. Masa itu heboh dengan swisscash, euro american index dan macam-macam lagi.

Kini skim seumpama itu datang lagi dinegara kita...... saya sudah serik dengan skim-skim seperti itu ,kerana mahu cepat kaya saya kehilangan USD ... K.

Ingat .... tiada jalan yang mudah untuk kaya, nak kaya mesti usaha sendiri. jangan harapkan dan percayakan orang lain untuk menjadikan kita kaya. sendiri usaha, baru sendiri kaya.

Nasihat saya jangan anda mudah terpedaya. cukup sekali kita dipatuk oleh seekor ular dari satu lubang . JGN BIARKAN ANDA MENJADI MANGSA.

BERHATI-HATI BILA MAHU MELABUR. .... Selamat trading Forex.

Saturday, August 1, 2009

RAMALAN GBP/USD

Dalam masa 2 hari 30-31/7/09 GBP/USD telah naik sebanyak lebih 400 pips.Kini ia berada pada peaks tertinggi. kalau anda perhatikan market GBP, ianya telah berada dalam situasi Ranging Market didalam range yang besar iaitu sekitar 500 pips lebih selama hampir 2 bulan.

Jadi pak belalang menjangkakan minggu depan dia akan membuat break out dan GBP/USD akan melonjak hingga keparas 1.7600. Kalau anda berada dalam trend yang betul anda akan selamat.

Muga rezeki anda ada didalam Forex.......