Wednesday, December 16, 2009

HADIAH YANG KAMI TERIMA




Competition bermula pada 1hb.April - 31hb.Oktober 2009. Kami joint fxopen pada 28hb.Ogos 2009. Walaupun kami trading selama 2 bulan 3 hari je.... kami berjaya menduduki tempat ke-10 the best trader. Harapan tahun 2010 kami mahu membawa pulang Hadiah utama insyaAllah.
Hadiah berjumlah RM 7,000 termasuk melancung kebali/phuket 5hari/4 malam di hotel 5 bintang dan 3 hari 2 malam samada di Genting, Langkawi atau Cherating berjumlah RM5,000
dan Wang Tunai RM1,250.
Allhamdulilah................. Terimakasih FXOPEN kerana beri penginapan 3 hari 2 malam di Royale Chulan Hotel dan hadiah diatas.

GAMBAR SEMASA DINNER FXOPENASIA

Pameran kereta BMW masa Dinner..... hehe jgn tengok lain tau.

Tok Arab FXopen..... hehe



Hehe jgn tengok lama-lama



Suasana masa dinner fxopenasia.com




Linda Onn mengacara majlis





tin-tin..pong-pong...... Linda ! jaga-jaga







Penyanyi "Terbesar" dinegara kita






Gambar antara pemenang FXOPEN








hadiah utama ... wow









DINNER FXOPEN - MSIAN GRAND COMPETITION 2009


HADIAH MERCEDES C200 KOMPRESOR UNTUK HADIAH UTAMA

Friday, December 4, 2009

FXOPEN - MSIAN GRAND COMPETITION 2009


Alhamdulillah........ kami memenangi top 3 dalam Malaysian Grand Competition 2009 yang dianjurkan oleh FXOPEN. Malam penganugerahan akan diadakan pada 13hb. disember 2009 di Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.
Disamping itu juga kami diberi bilik penginapan percuma selama 3 hari 2 malam di Royale Chulan Hotel.
Terima Kasih FXOPEN.

Friday, November 27, 2009

SELAMAT AIDUL ADHA

Selamat Menyambut Hari Raya Haji kepada semua muslimin dan muslimat.

Hari ni GBP jatuh hingga keparas 1.62xx

Wednesday, October 21, 2009

GBP NAIK LAGI

sila rujuk chart 4hr........... GBP terus naik. la berada pada paras 1.657x. Kalau ianya menaik lagi esok dia akan mencecah keparas 1.665x

Muga anda boleh buat duit

KELAS DI KUALA TERENGGANU


saya akan berada di kuala Terengganu dari 23hb - 28hb. Oktober kerana mengendalikan Kursus keusahawanan anjuran BPU, MARA HQ.


Tuesday, October 20, 2009

GBP/USD MENAIK ?

Jika sekiranya GBP melepasi paras 1.6480 ... maka ianya akan bergerak
keparas 1.65xx.............. sila rujuk chart 4hr.

Apa pun saudara harus ingat ianya belum buat retracement lagi.... hati2 dijalan raya.

semuga berjaya dalam forex

Saturday, October 17, 2009

JANGKAAN GBP

Ramai yang menjangkakan bahawa GBP akan menaik sehingga 1.8xxx atau 1.9xxx. Bila ianya mula menaik? Tunggu la bila harga pasaran cross saja rate 1.64xx

Ingat anda mesti berada dalam trend yang betul.

Selamat trading forex.

Wednesday, September 30, 2009

YURAN KELAS FOREX

adalah dimklumkan bahawa yuran kelas forex anjuran kami telah dinaikkan kepada
RM 1,500 seorang bermula 1hb.Oktober 2009.

Sekian. Terima kasih.

Sunday, September 27, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA 6

Selamat menyambut Hari Raya 6 bagi muslimin dan muslimat. Muga puasa 6 saudara
seolah-olah menyamai puasa anda selamat setahun.

Selamat berjaya dalam trading forex.

Friday, September 25, 2009

GBP DIJANGKA JATUH

berdasarkan G20 meeting hari ini diUSA, adalah dijangkakan bahawa GBP akan menurun...... berapa banyak ianya turun ,biasalah dalam 1xx pips.

Selamat puasa 6

Wednesday, September 23, 2009

GBP MENAIK

adalah dijangkakan GBP hari ini terus menaik...... saudara leh enter market dgn BUY , di jangka ianya mencecah 1.64xx

Selamat Berpuasa Enam

Tuesday, September 22, 2009

RAYA LAGI


Selamat Hari Raya Eidul Fitri............. Kalau kat negeri Saya Cik Siti Wan Kembang, hari ni masuk hari kedua puasa enam. Hari ahad nanti mereka sambut lah Hari Raya Enam...

Raya-raya juga... Semalam GBP turun hingga keparas 1.613x hampir-hampir mencecah support. Dan sekiranya ianya turun lagi support berikut ialah 1.580x sebelum dia membuat major reversal.

Selamat trading semasa beraya.

Friday, September 18, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIIDIL FITRI


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat.
Selamat tinggal Ramadhan, semuga kita akan ketemu lagi ditahun hadapan.
Salam 1 syawal

Tuesday, September 15, 2009

GBP JATUH LAGI


Hari ini adalah hari kedua dalam minggu ini GBP jatuh lagi.... Hari ini saja ia telah turun 200 pips lebih. ... Apa mungkin hari-hari berikut ianya akan turun lagi. ... support seterusnya pada paras 1.634x. Kita lihat samada ianya melepasi support tersebut dalam minggu ini.
Selamat menyambut hari raya yang tidak berapa lama lagi....

Monday, September 14, 2009

GBP JATUH- RUSUHAN ANTI ISLAM DIKOTA LONDON


Rusuhan Anti Islam di Kota London sekarang akan memberi impak yang agak besar kepada kedudukan GBP kalau ianya tidak ditangani dengan baik oleh pihak berkuasa England.
Hari ini GBP telah mula menunjuk tanda-tanda kejatuhannya.
Apa pun sama-sama kita berdoa supaya keadaan di London akan cepat kembali normal.
Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya puasa.

Tuesday, September 8, 2009

GBP/USD- MASIH SIDEWAY

Keadaan GBP/USD masih dalam keadaan sideway. Belum breakout lagi.......

Selamat berpuasa dan selamat bersahur

Friday, September 4, 2009

MARKET SIDEWAY- GBP/USD

Market GBP/USD dalam keadaan sideway mulai 20hb. ogos lagi. Samada dia akan breakout keatas atau kebawah sama2 kita tunggu nanti. Range sideway sekitar 300 pips... semuga anda dapat membuat keuntungan dalam situasi pasaran macam ini.

Selamat menjalani ibadah puasa.

Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52


Selamat Menyambut Hari KeMerdekaan Negara kita
yang ke 52....... muga tahun-tahun berikut kita
dapat hidup dengan lebih aman dan makmur.
merdeka.....merdeka..... merdeka.
Selamat berpuasa dan selamat trading forex.

Thursday, August 27, 2009

LAK SAM NAIK.....


hehe...... saya suka sangat berbuka puasa dengan laksam. Setiap hari pasti laksam yang akan saya cari di pasar-pasar ramadhan.
Akan tetapi kenapa la orang kita buat bisnes dah tau laksam hangpa buat tak sedap buat apa dok pi jual ? Kurus pahala puasa kerana dok maki hamun kat penjual laksam ....dah lah laksam mahal.... Harga dah naik RM3.00 tapi rasa hampeh.... Menyosal den bolii.
Komen den.. pi la belajar wat laksam dgn chef Wan dulu, baru leh buat bisnes laksam... baru ler ada repeat business.

Wednesday, August 26, 2009

SHAMPOO HEAD & SHOULDER


MAAF LA LAMA TAK UP DATE ENTRI..... hehe bz entah apa2 hal peribadi banyak sangat bulan-bulan puasa.
Kalau anda perhatikan chart GBP/USD daily...... ianya menunjukkan tanda-tanda pattern macam mahu jadi head and shoulder. kedudukan rate sekarang mencecah neck line . Kalau ianya betul maka pasti GBP akan menjunam keparas 1.60xx
Sama-sama kita lihat ramalan ini. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DENGAN MENINGKATKAN AMALAN KITA.

Tuesday, August 4, 2009

ALHAMDULILAH RAMALAN BETUL

Syukur ke hadrat Allah SWT ramalan saya pada entri sabtu 1/8/09 telah menjadi kenyataan. Hari ini kalau anda melihat chart GBP/USD telah pun mencecah ke paras 1.7000 hanya sedikit saja lagi target saya akan menjadi kenyataan.

Walau apa pun GBP akan terus bergerak hingga ke 1.8000 sebelum dia buat major reversal.

Anda akan menjadi forex trader berjaya kalau master dalam trend dan chartpattern.

SELAMAT TRADING.... hehehe......

ALHAMDULILAH RAMALAN BETUL

Sunday, August 2, 2009

DIA DATANG LAGI

Masih ke anda ingat dengan pelaburan melalui internet yang melanda negara kita dalam 4-5 tahun lepas. Masa itu heboh dengan swisscash, euro american index dan macam-macam lagi.

Kini skim seumpama itu datang lagi dinegara kita...... saya sudah serik dengan skim-skim seperti itu ,kerana mahu cepat kaya saya kehilangan USD ... K.

Ingat .... tiada jalan yang mudah untuk kaya, nak kaya mesti usaha sendiri. jangan harapkan dan percayakan orang lain untuk menjadikan kita kaya. sendiri usaha, baru sendiri kaya.

Nasihat saya jangan anda mudah terpedaya. cukup sekali kita dipatuk oleh seekor ular dari satu lubang . JGN BIARKAN ANDA MENJADI MANGSA.

BERHATI-HATI BILA MAHU MELABUR. .... Selamat trading Forex.

Saturday, August 1, 2009

RAMALAN GBP/USD

Dalam masa 2 hari 30-31/7/09 GBP/USD telah naik sebanyak lebih 400 pips.Kini ia berada pada peaks tertinggi. kalau anda perhatikan market GBP, ianya telah berada dalam situasi Ranging Market didalam range yang besar iaitu sekitar 500 pips lebih selama hampir 2 bulan.

Jadi pak belalang menjangkakan minggu depan dia akan membuat break out dan GBP/USD akan melonjak hingga keparas 1.7600. Kalau anda berada dalam trend yang betul anda akan selamat.

Muga rezeki anda ada didalam Forex.......



Sunday, July 19, 2009

KURSUS DI KUNDASANG, SABAH


Maaf....... saya mengendalikan program LPU Peruncitan anjuran Bahagian Pembangunan Usahawan MARA mulai 14hb - 24hb.Julai di Hotel Perkasa, Kundasang, Sabah.


Jadi saya tidak berkesempatan untuk update entri blog ini. Muga kita ketemu lagi selepas 25hb. nanti.


Selamat trading forex......

Sunday, July 12, 2009

ISLAM TAPI TAK ISLAMIK (2)


Hari ini saya mahu berkongsi dengan anda mengenai sikap pemandu kita dijalan raya.
Pagi tadi semasa saya memandu dalam suasana jalan penuh sesak kat area Batu Caves, saya perhati seorang pemandu kita yang berketayap putih. Maaf bukan tujuan saya menghina orang yang berketayap. Orang yang berketayap putih membawa suatu imej yang islamik. Bila bawa imej islamik maka perangai kita mesti sentiasa terjaga lebih-lebih lagi semasa memandu kenalah juga islamik. Ingat, Kita sentiasa diperhati oleh masyarakat disekeliling kita yang berbilang bangsa dan ugama, maklumlah negara majmuk.
Apa yang berlaku, pak Ketayap tadi dah lah membawa kereta mencelah-celah , tidak beri laluan langsung kat orang lain, bila orang beri laluan haram tangan pun tak diangkat sebagai tanda ucapan terima kasih, muka pun buat sepuluh sen jer. Saya yakin anda pun biasa melihat keadaan seperti ini.
Cuba kita renungkan.. Bukankah menghormati orang itu ajaran Islam.. Islamik kah kita?
Kadang-kadang orang kapir tu perangai depa lebih islamik dari kita.... Apa komen anda ?

Friday, July 10, 2009

GBP/USD NAIK 351 PIPS

Ket Ketemu lagi saudara...... ramalan saya semalam bahawa GBP/USD akan naik, ternyata bahawa hari ini 09/07/09 GBP/USD telah mencecah paras 1.6377 dari 1.6026 iaitu bergerak sebanyak 351 pips.

Keadaan market masih dalam situasi uptrend dan dijangka mencecah ke 1.6700 dalam sehari dua lagi. Apakah ramalan ini menjadi kenyataan sama-sama kita lihat nanti.

Muga anda akan dapat membuat keuntungan, InsyaAllah.

Thursday, July 9, 2009

APAKAH GBP/USD SUDAH MENAIK

Kalau kita perhatikan chart dalam 1 hr, sesungguhnya sudah 7 hari GBP/USD menurun keparas yang paling rendah 1.5982. Dan hari ini baru la menunjukkan tanda-tanda GBP/USD mahu menaik kembali.

Chart 5 minit memberi petunjuk yang market akan berubah..... Apakah menjadi kenyataan sila tunggu sama-sama.

wassalam.

Thursday, July 2, 2009

NATIONAL DAY


HARI INI IALAH NATIONAL DAY untuk negara USA. Jadi kita dimalaysia leh la trade forex sampai kul 11 malam nanti.
Keadaan market GBP/USD sekarang masih dalam situasi Uptrend dan dalam keadaan sideway/ranging market dan belum lagi terjadi breakout.
Apa pun adalah dijangka insayaAllah ia akan terus naik lebih dari 100 pips dari paras sekarang 1.6497. Demikian la ramalan Nujum Pak Belalang.
Selamat trading...bye

Sunday, June 28, 2009

ISLAM TAPI TAK ISLAMIK


Hari ini saya mahu berkongsi cerita dengan anda...... Islamik ke kita setakat ini ?.....
Pagi tadi saya breakfast kat kedai mamak. Sebelah saya sedang makan satu famili orang melayu kita. Si isteri dengan jubahnya, si suami dengan songkoknya dan janggut nya panjang persis jamaah tablih.Tiba-tiba datang seorang cina sami buddha dengan pakaian kuningnya meminta sedekah.
Saya perhati jer.... kawan kita ni buat don't know jer macam lembu kenyang tanpa menghulur wang walau sepuloh sen pun.Kedekut benar kawan kita yang bersongkok berjanggut panjang ni.
Kemudian si sami itu berlalu dari situ dan meminta sedekah dimeja lain pula.
Soalannya ???? .... dimanakah konsep hablum minna nas..... saya bukan ustaz tapi beginilah dalam banyak hal dan keadaan kita ini masih lagi kedekut untuk bersedekah, masih lagi tidak suka buat kebaikkan, bukan kah ISLAM itu buat kebaikkan.
Cuba saudara renungkan ..... ISLAMIK kah kita yang mengaku islam ini ?

Thursday, June 25, 2009

MARKET GBP/USD - SIDEWAY


Kedudukan GBP/USD pada 4hr dalam keadaan sideway. ... dia akan membuat major reversal dalam sedikit waktu lagi. Tunggu bila dia breakout.....

Sunday, June 14, 2009

PROGRAM DI PORT DICKSON

Maaf minggu ni saya tidak punya kesempatan sesuai nak udate posting kerana saya ada program train for trainers di Hotel Seri malaysia port dickson mulai isnin 15hb - 19hb.Jun 2009.

Kita jumpa lagi minggu depan insyaAllah. Semuga anda berjaya dalam trading forex sepanjang minggu ini.

Wednesday, June 10, 2009

REZEKI HARI RABU

Saya cuti selama hampir sepuluh hari tidak masuk market kerana balik kampong serta bersambung pula dengan mengendali program keusahawanan di hotel Seri Malaysia, Bagang Lalang, Sepang Selangor.

Hari ni bila masuk market - GBP/USD sempatlah kutip 307 pips. Anda pun kalau ada skills pastinya lebih hebat daripada saya - terutamanya dalam chart pattern dan trend.

Selamat menjadikan FOREX kerjaya pilihan kini....

Monday, June 8, 2009

PROGRAM DI HOTEL SERI M'SIA BAGANG LALANG

Maaf saya tidak punya kesempatan masa untuk membuat entri pada minggu ini kerana mengendali program keusahawanan di Hotel seri Malaysia, Bagang Lalang, Sepang , selangor sehingga 10hb. Jun 2009.

InsyaAllah jumpa nanti selepas program.

Selamat Trading Forex yer........................

Thursday, June 4, 2009

BALIK KAMPONG

Alhamdulilah semasa saya bercuti balik kampong saya dapat juga 240 pips. Ini kerana ramalan saya pada entri 29/5/09 menjadi kenyataan.

Saya masuk entry order GBP/USD pada rate 1.6200 dengan limit profit 1.6440

Rupanya Nujum pak belalang ni menjadi lagi.....hehe

Friday, May 29, 2009

KEDUDUKAN GBP/USD


Saudara....... Lihatlah gadingan GBP/USD . Ianya telah pun breakout dari channel uptrend. Saya beranggapan ianya akan terus bergerak sehingga 1.6400. Sekiranya anda pada position BUY anda akan selamat.

Demikian lah kata ahli nujum Pak Belalang.

selamat trading ......



























Wednesday, May 27, 2009

KURSUS FOREX DI EQUATORIAL HOTEL, BANGI

Tarikh : 1hb - 3hb. Julai 2009
Masa : 3 hari 2 malam
Kelas : Trading Secara Live
Kemudahan : Nota, Makan/minum dan penginapan ( twin sharing)
Yuran : RM 1,5000
Bilangan Peserta : Terhad hanya untuk 10 orang sahaja
Modiul : Pengenalan kepada Forex, Trend, Candle sticks, Chart Pattern, serta money
Management.

Hubungi kami : Amirin 019 - 396 0311

Monday, May 25, 2009

MARKET SENTIMENT

Minggu lepas setiap hari GBP/USD naik sehingga lebih dari 700 pips.... Apakah minggu ini ianya akan bergerak arah berlawanan dengan Down Trend pula...... sama-sama kita saksikan.

Thursday, May 21, 2009

MAJOR REVERSAL GBP/USD

Wah jatuh celabok GBP macam nangka buruk.... Sekali lagi ramalan saya menjadi kenyataan. Sila rujuk entri saya sebelum ini (19hb. Mei) bahawa saya katakan GBP/USD akan membuat major reversal apabila ia mencecah paras 1.5800

Anda lihat lah ianya jatuh sebanyak 288 pips hanya dalam masa 36 minit.


Inilah kelebihan bila kita mempunyai kemahiran didalam trend dan Chartpattern....

SELAMAT TRADING FOREX YER.............

DIA MAI DAH

Entri selasa 19/5/09 GBP/USD diparas 1.5490 dan saya jangka meningkat keparas 1.5800 . Hari ini terbukti pada kadar 1.5800 lebih.

Anda pun boleh jadi Nujum Pak Belalang juga kalau master dalam chartpattern.

Jangan marah, nanti kena jual.

Wednesday, May 20, 2009

TIPAH TERTIPU

Trading Forex ada 3 perkara utama yang perlu kita patuhi.... Ilmu Pengetahuan, Kemahiran/skill serta displin.
Ramai dari kita boleh bercakap mengenai displin akan tetapi tidak ramai boleh mengawal diri untuk mengikut peraturan/ polisi yang kita telah tetapkan.
Trading Forex perlu ikut polisi , umpamanya dalam chart 15 minit, 1 h, 4hr, 1D , 1 w dan 1 M..... Kalau semua didalam kedudukan up trend, maka tugas kita hanyalah sekadar BUY sahaja. Ikut lah polisi kita. Akan tetapi ramai antara kita terperangkap dalam situasi mengelirukan kerana ingin merebut peluang seketika kerana market turun sekejap lalu memasuki pasaran SELL... akhirnya ingatkan nak untung secupak rupanya rugi segantang....
Renung , bina polisi serta patuh pada polisi kita..... Selamat berdisplin semasa trading.

Tuesday, May 19, 2009

TERCAPAI SUDAH TARGET GBP/USD

Maafkan..... selama 2 minggu saya tidak up date blog. Bukan apa bz sikit.... Dan kalau anda perhatikan chart diatas target/ramalan saya dalam entri sebelum ini sudah pun menjadi kenyataan.... apa pun selamat menjadi trader yang berjaya.

Apa pun saya menjangka ianya akan mencecah keparas keparas 1.5800 sebelum dia membuat major reversal.

Thursday, May 7, 2009

TULIS

Apakah anda bina matlamat semasa trading Forex?


Untuk menjadi trader yang berjaya mengejar matlamat besar yang dibina maka beberapa perkara MESTI anda lakukan seperti SMART, iaitu SPECIFIC, MEASURABLE, ACHIEVABLE,
REALISTIC ,TIMEFRAME.

Semua perancangan anda tidak akan kemana sekiranya anda tidak ......... ?

Apa yang penting ..... TULIS


Anda kena tulis apa yang anda ingin capai. Semuanya mesti didokumentasi supaya anda nanti tidak hilang punca dalam perjalanan.

Selamat menjadi Forex Trader berjaya.








Tuesday, May 5, 2009

GBP/USD - UPTREND


Salam Forex ........

Sila perhatikan chart GBP/USD timeframe 4hrs.... saya menjangkakan bahawa kedudukan GBP/USD terus dalam posisi uptrend dan dijangka akan mencecah kepada kadar 1.5400 dalam sedikit masa lagi... sama-sama kita buat untung.

Selamat berdagang dalam forex. Semuga forex boleh menjadikan kerjaya baru buat kita semua.

TARGET TERCAPAI - GBP/USD




Ingat entri saya pada 1hb Mei dan 4hb. mei ..... Apa yang saya jangkakan tentang pair GBP/USD yang akan mencecah kepada paras 1.5000 telah pun menjadi kenyataan.


Ini lah yang dikatakan SKILL didalam chartpattern. .. selamat trading forex. Muga kita semua menjadi forex trader yang berjaya.

Monday, May 4, 2009

PAIR GBP/USD

Selamat kembali ke pasaran Forex selepas bercuti hujung minggu kebetulan pula cuti Hari Buruh. Masih ingat entri saya pada 1 may....... jangkaan saya pair GBP/USD mencecah paras 1.5000 hampir sudah menjadi kenyataan.


Bukan lah hebat pun cuma sekadar berkongsi idea jer.

Saturday, May 2, 2009

BONSAI


Kenapa pokok ini kita namakan dia pokok bonsai?...Kenapa bonsai tak besar-besar walau bertahun-tahun kita tanam dan jaga dia ?
Semua tahu akan jawapannya.... Macam mana bonsai nak jadi pokok yang besar kalau setiap masa kita trim daun dia, kita cantas dahan dia.... maka jadilah bonsai seperti pokok BONSAI walaupun berpuluh tahun kita tanam.
Berdagang Forex pun macam itu juga. Ada orang jadi kaya raya kerana Forex dan ramai orang jadi "pokok bonsai" walaupun bertahun-tahun trading Forex.
Anda mahu jadi pokok bonsai atau pokok besar ?
Fikir-fikirkan .... disana pasti ada formulanya.

Friday, May 1, 2009

CHART GBP/USD


pair GBP/USD dalam situasi Uptrend. Jangan suka melawan arus. saya menjangkakan GBP/USD akan terus mencecah keparas 1.5000 .... sama-sama kita tunggu.

Thursday, April 30, 2009

KENA BELAJAR SABAR


FOREX IS A WAITING GAME.
Bila kita terlibat dengan berdagang Forex apa yang penting sekali ialah DISPLIN DIRI. Benda yang terlalu sukar untuk kita ikut dan patuh.
Sabar ini semua orang reti bercakap tapi tak reti nak buat. Anda mesti sabar dan sedia menunggu. Selagi anda tidak betul-betul comfirm market boleh masuk, anda jangan masuk.. Baik tidak masuk market dari masuk market kalau ianya boleh menyebabkan anda rugi.
Kan ... Forex is a waiting game.

CHART GBP/USD

Hanya sekadar berkongsi pengalaman jer.... ingat chart yang dipost semalam 29/4.... Malam tadi saja sempatlah saya kutip 101 pips sambil-sambil malam tadi juga ada kelas tusyen forex.

Jangan marah la pulak.

Wednesday, April 29, 2009

TENGOK GBP/USD


sila perhatikkan pair GBP/USD dalam masa 1hr. Apakah kemungkinan iannya akan berlaku Pin Bar Major Reversal ? ....... Sila perhatikan.

Tuesday, April 28, 2009

GBP/USD - TIPS

GBP/USD is now forming a symmetrical triangle in a downward trend. I am waiting for a break out to either go long or short. TQ.

link . http://wwwjutawan-forex.blogspot.com/

Monday, April 27, 2009

DISPLIN DALAM FOREX -1

Untuk menjadi forex trader yang berjaya perlu kepada displin diri yang kuat. Semua orang boleh bercakap pasal displin, akan tetapi tidak ramai yang boleh beramal dengan apa yang dia sebut.

Apa makna displin? anda mungkin beri pelbagai tafsiran akan makna suatu displin. Pada saya displin dengan kata mudah ialah PERATURAN.

Samada kita sedar atau tidak bahawa dalam dunia ini penuh dengan displin yang telah ditetapkan oleh Allah keatas setiap makhlukNya yang perlu dipatuhi. Contohnya yang mudah ialah si air. antara displin yang perlu dipatuhi oleh si air ialah dia mesti mengalir dari hulu kehilir.Katakan satu hari air berkata,"boring la setiap hari aku asyik mengalir dari hulu kehilir. Hari ini aku tak nak ikut peraturan. Aku mahu mengalir dari hilir kehulu."

Apa akan jadi dengan dunia ini. Dunia ini akan banjir besar hanya kerana satu sebab iaitu si air tidak mahu ikut peraturan.

Begitu juga bila berdagang Forex, kalau kita telah tetapkan mahu dapatkan 50 pips sehari. Kalau sudah tercapai target yang kita tetapkan diawalnya maka seeloknya kita keluar dari pasaran pada hari tersebut. Kalau kita teruskan juga kerana ada sedikit perasaan tamak, kebiasaanya kita akan rugi lebih daripada itu..

Cuba pejamkan mata dan renungkan perkara ini.............

Thursday, April 23, 2009

EUR/GBP - UPDATES

I have managed to exit with a few dollars profit this morning and entered another 'BUY' position. There's no profit limit set up for this trade yet, although I strongly believe that this is only a 50% retracement from the last 3 weeks or so downward movement. I am just waiting to see if it reaches my outer trend and start bouncing downward. HAPPY TRADING, Tq.
link : http://wwwjutawan-forex.blogspot.com

Wednesday, April 22, 2009

KISAH KOPITIAM

Hari ini saya nak berkongsi kisah betul kawan saya yang buka kopitiam di Bukit Antarabangsa.. kisah ini sengaja saya bawa kerana ada orang mempertikaikan pasal Forex ni risiko tinggi. Dalam dunia ni semua benda ada risiko dan kita tidak boleh lari dari menghadapi risiko dalam hidup.

Kawan saya ni En. Amir, beliau telah melabur RM 50,000 untuk membuka kopitiam tersebut. Apa terjadi selepas itu ? kopitiam tersebut hanya sempat beroperasi selama sebulan sahaja. Saya tanya kenapa beliau tutup kopitiam nya sedangkan di Bukit Antarabangsa ramai orang dan disana tempat tinggal orang kaya-kaya.

Kawan saya mudah saja memberi tahu, sales tak ada dan sales tidak mampu untuk menanggung kos bahan belian, belum dikira lain-lain overhead seperti sewa, gaji dan belanja utiliti. Beliau tidak mahu sakit kepala hari-hari kerana memikirkan masalah kedai, lalu bisnes beliau tutup terus. Kesimpulan kawan kita ni rugi buta begitu sahaja RM 50,000 hanya dalam masa sebulan.

Maknanya risiko tinggi . Komen saya .... ish-ish kalau duit itu dilaburkan untuk trading forex saya yakin beliau boleh kaya.....