Sunday, July 12, 2009

ISLAM TAPI TAK ISLAMIK (2)


Hari ini saya mahu berkongsi dengan anda mengenai sikap pemandu kita dijalan raya.
Pagi tadi semasa saya memandu dalam suasana jalan penuh sesak kat area Batu Caves, saya perhati seorang pemandu kita yang berketayap putih. Maaf bukan tujuan saya menghina orang yang berketayap. Orang yang berketayap putih membawa suatu imej yang islamik. Bila bawa imej islamik maka perangai kita mesti sentiasa terjaga lebih-lebih lagi semasa memandu kenalah juga islamik. Ingat, Kita sentiasa diperhati oleh masyarakat disekeliling kita yang berbilang bangsa dan ugama, maklumlah negara majmuk.
Apa yang berlaku, pak Ketayap tadi dah lah membawa kereta mencelah-celah , tidak beri laluan langsung kat orang lain, bila orang beri laluan haram tangan pun tak diangkat sebagai tanda ucapan terima kasih, muka pun buat sepuluh sen jer. Saya yakin anda pun biasa melihat keadaan seperti ini.
Cuba kita renungkan.. Bukankah menghormati orang itu ajaran Islam.. Islamik kah kita?
Kadang-kadang orang kapir tu perangai depa lebih islamik dari kita.... Apa komen anda ?

No comments:

Post a Comment