Thursday, April 30, 2009

KENA BELAJAR SABAR


FOREX IS A WAITING GAME.
Bila kita terlibat dengan berdagang Forex apa yang penting sekali ialah DISPLIN DIRI. Benda yang terlalu sukar untuk kita ikut dan patuh.
Sabar ini semua orang reti bercakap tapi tak reti nak buat. Anda mesti sabar dan sedia menunggu. Selagi anda tidak betul-betul comfirm market boleh masuk, anda jangan masuk.. Baik tidak masuk market dari masuk market kalau ianya boleh menyebabkan anda rugi.
Kan ... Forex is a waiting game.

CHART GBP/USD

Hanya sekadar berkongsi pengalaman jer.... ingat chart yang dipost semalam 29/4.... Malam tadi saja sempatlah saya kutip 101 pips sambil-sambil malam tadi juga ada kelas tusyen forex.

Jangan marah la pulak.

Wednesday, April 29, 2009

TENGOK GBP/USD


sila perhatikkan pair GBP/USD dalam masa 1hr. Apakah kemungkinan iannya akan berlaku Pin Bar Major Reversal ? ....... Sila perhatikan.

Tuesday, April 28, 2009

GBP/USD - TIPS

GBP/USD is now forming a symmetrical triangle in a downward trend. I am waiting for a break out to either go long or short. TQ.

link . http://wwwjutawan-forex.blogspot.com/

Monday, April 27, 2009

DISPLIN DALAM FOREX -1

Untuk menjadi forex trader yang berjaya perlu kepada displin diri yang kuat. Semua orang boleh bercakap pasal displin, akan tetapi tidak ramai yang boleh beramal dengan apa yang dia sebut.

Apa makna displin? anda mungkin beri pelbagai tafsiran akan makna suatu displin. Pada saya displin dengan kata mudah ialah PERATURAN.

Samada kita sedar atau tidak bahawa dalam dunia ini penuh dengan displin yang telah ditetapkan oleh Allah keatas setiap makhlukNya yang perlu dipatuhi. Contohnya yang mudah ialah si air. antara displin yang perlu dipatuhi oleh si air ialah dia mesti mengalir dari hulu kehilir.Katakan satu hari air berkata,"boring la setiap hari aku asyik mengalir dari hulu kehilir. Hari ini aku tak nak ikut peraturan. Aku mahu mengalir dari hilir kehulu."

Apa akan jadi dengan dunia ini. Dunia ini akan banjir besar hanya kerana satu sebab iaitu si air tidak mahu ikut peraturan.

Begitu juga bila berdagang Forex, kalau kita telah tetapkan mahu dapatkan 50 pips sehari. Kalau sudah tercapai target yang kita tetapkan diawalnya maka seeloknya kita keluar dari pasaran pada hari tersebut. Kalau kita teruskan juga kerana ada sedikit perasaan tamak, kebiasaanya kita akan rugi lebih daripada itu..

Cuba pejamkan mata dan renungkan perkara ini.............

Thursday, April 23, 2009

EUR/GBP - UPDATES

I have managed to exit with a few dollars profit this morning and entered another 'BUY' position. There's no profit limit set up for this trade yet, although I strongly believe that this is only a 50% retracement from the last 3 weeks or so downward movement. I am just waiting to see if it reaches my outer trend and start bouncing downward. HAPPY TRADING, Tq.
link : http://wwwjutawan-forex.blogspot.com

Wednesday, April 22, 2009

KISAH KOPITIAM

Hari ini saya nak berkongsi kisah betul kawan saya yang buka kopitiam di Bukit Antarabangsa.. kisah ini sengaja saya bawa kerana ada orang mempertikaikan pasal Forex ni risiko tinggi. Dalam dunia ni semua benda ada risiko dan kita tidak boleh lari dari menghadapi risiko dalam hidup.

Kawan saya ni En. Amir, beliau telah melabur RM 50,000 untuk membuka kopitiam tersebut. Apa terjadi selepas itu ? kopitiam tersebut hanya sempat beroperasi selama sebulan sahaja. Saya tanya kenapa beliau tutup kopitiam nya sedangkan di Bukit Antarabangsa ramai orang dan disana tempat tinggal orang kaya-kaya.

Kawan saya mudah saja memberi tahu, sales tak ada dan sales tidak mampu untuk menanggung kos bahan belian, belum dikira lain-lain overhead seperti sewa, gaji dan belanja utiliti. Beliau tidak mahu sakit kepala hari-hari kerana memikirkan masalah kedai, lalu bisnes beliau tutup terus. Kesimpulan kawan kita ni rugi buta begitu sahaja RM 50,000 hanya dalam masa sebulan.

Maknanya risiko tinggi . Komen saya .... ish-ish kalau duit itu dilaburkan untuk trading forex saya yakin beliau boleh kaya.....

EUR/GBP - UPDATES

The pair is now testing the inner trend and I personally think that it is about ready for a retracement. But if it penetrates below the inner trend then, the pair is still moving downward. In general, I think the pair is still in downward trend. I have entered a small BUY position just to see what would happen next. TQ.

link dari: http://wwwjutawan-forex.blogspot.com

Tuesday, April 21, 2009

BINA MATLAMAT FOREX


Kenapa anda trading Forex? ... Pasti anda ada suatu matlamat , yang jelasnya anda mahu bebas daripada masalah kewangan.
Ayuh kita bina Matlamat. Matlamat yang dibina mestilah suatu matlamat yang BESAR. Kenapa matlamat mesti besar?.... Kalau matlamat biasa jer disana pastinya usaha kita tidak seberapa kerana ummmp tak ada.
So macam mana mahu bina matlamat yang besar didalam Forex?...mungkin kalau kita nak buat contoh mudah ialah pendapatan kita sebulan RM3,000 . Matlamat besar macam mana? Mungkin kita kali sebanyak 3 kali... maka jawapannya dikatakan matlamat besarnya itu ialah RM9,000/RM10,000 sebulan.
Mampu ke kita perolehi pendapatan RM 10,000 sebulan dengan Forex ?... jawapan pasti boleh insyaAllah. Bagaimana cara ? ... Katakan satu hari anda perolehi 30 pips dan sebulan anda akan perolehi 600 pips. Katakan 1 pip nilai dia USD5 . Ini bererti anda akan dapat USD3000 atau RM10,800. Dan sekiranya 1 pip nilai USD10 maka anda dapat USD6000/RM21,600 sebulan.
Bahkan Dan Zanger mampu buat duit dari $11,000 menjadi $18 juta dalam masa 18 bulan.
Apalah sangat dengan amaun UDS6,000 sebulan..... Fikirkan !

Monday, April 20, 2009

PAIR GBP/USD


Saja jer nak tunjuk charta tadi yang saya dapat 116 pips... dan dijangkakan bahawa market GBP/USD akan menurun lagi hingga 1.4100 dalam masa.... ?

PAIR GBP/USD


Tau kah saudara ..... apa yang dinyatakan dalam charta yang di posting sebelum ini .... Saya telah dapat 116 pips dalam masa 2 jam lebih. Saya ENTER GBP/USD pada rate 1.4668 jam 3.04pm dan EXIT pada rate 1.4552 jam 5.45pm tadi....
Sebagai makluman jer..... jangan marah.

TRADING TIP - GBP/USD


Perhatikan charta GBP/USD, TF 1 jam diatas. Paten HEAD and SHOULDER telah terbentuk melepasi NECKLINE seperti ditunjukkan dan GBP/USD dijangkan akan menbuat halatuju kebawah untuk beberapa waktu. Saya telah memasuki pasaran agak lewat hari ini pada 20/04 dengan melimitkan keuntungan diparas 1.4500. TQ. Klik di atas charta untuk mendapatkan charta yang lebih jelas.

LAGU MANA BANK MAIN FOREX

Pernahkah anda terfikir berapa banyak amaun setiap kali bank-bank trade forex ?

Bank trade forex tidak seperti kita small-smal trader main forex. Depa modal besar, mesti main pun besar.

Bank trade dalam YARD. satu yard bersamaan 1,000 standard lot. Depa sekali masuk market sebanyak 20 yard - 200 yard. Kiralah sendiri berapa standard lot sekali main.

Hanya sekadar info je....

Sunday, April 19, 2009

SELALU MAU INGAT


FOREX is a waiting game

Saturday, April 18, 2009

DAN ZANGER

Dan Zanger merupakan Super-super Trader dari Chartpattern.com , berumur 52 tahun , pada asalnya merupakan seorang kontrator binaan. Tersenarai dalam ranking ke-7 dunia.

Seorang yang hebat bagaimana dia telah merealisasikan sebuah impian satu realiti dengan $11,000 dia gandakan kepada $18 juta hanya dalam 18 bulan sahaja. .. Fantastik ! Pernah mengikut rekod, beliau berjaya mangandakan wang tersebut menjadi $42 juta dalam masa 23 bulan.

" I use absolutely no indicators whatsoever. I simply reply on chart patterns, price and volume" .... Dan Zanger.


MAMPU kah kita jadikan $1,000 kepada $1 juta dalam masa berapa ......... tahun ?

FOREX KERJAYA PILIHAN


Telah sampai ketikanya umat dinegara kita ini mula memikir dan menjadikan FOREX sebagai satu KERJAYA PILIHAN.

Friday, April 17, 2009

RISIKO DALAM FOREX

Soalan yang biasa dikemukakan , apakah tinggi risiko trading Forex ? Jawapan adalah YA dan TIDAK . Risiko tinggi bila saudara berdagang Forex secara membabi buta. Ini namanya saudara menempah maut. Saya bawah analogi mudah berhubung risiko didalam Forex. Katakan anda tidak tahu dan tidak pernah mengayuh basikal. Saya suruh anda mengayuh basikal ? Apa akan terjadi ? Risiko untuk anda jatuh adalah tinggi 100%. Katakan anda memang hebat menunggang basikal, kemudian saya suruh anda mengayuh basikal. Apa jawapan anda ?..... Dalam gelap tanpa ada lampu pun anda boleh mengayuh basikal dan tidak terjatuh.. Begitu juga dengan Forex. Risiko akan menjadi minima sekiranya anda ada pengetahuan, kemahiran serta cukup berdisplin.

Ingat... Dalam dunia semua ada risiko, hatta takkala makan pun masih ada risiko umpamanya tercekik nasi.

TAHUKAH ANDA

Tahukah Anda Bahawa 90% forex Trader gagal didalam perdagangan mereka ? .... Kenapa mereka boleh gagal ?

Jawapan mudah saja....... mereka gagal kerana
1. Mereka tiada knowledge didalam trading forex.
2. Mereka tiada kemahiran/skill macam mana
nak trading Forex dengan betul dan ber-
sistematik.
3. Mereka tidak cukup displin bila membuat
trading.

Thursday, April 16, 2009

BERAPA NILAI 1 PIP


Anda sudah mengetahui bahawa untung/rugi didalam Forex dinyatakan didalam PIP. Oleh itu untuk mengetahui berapa nilai pip tersebut marilah kita lihat kenyataan dibawah;

AKAUN MIKRO
Kalau kita trade 1 lot = 1,000 unit.
untung bagi 1 pip = 0.0001 ( sila rujuk posting bab Untung ).
oleh itu, 1,000 unit x 0.0001 = USD 0.10 ( 10 sen)
maka nilai 1 pip adalah 10 sen USD.

AKAUN MINI
Kalau anda trade 1 lot = 10,000 unit
untung 1 pip = 0.0001
oleh itu, 10,000 unit x 0.0001 = USD 1.00 ( 1 dollar)
maka nilai 1 pip = 1 dollar

AKAUN STANDARD
kalau anda trade 1 lot = 100,000 unit
untung 1 pip = 0.0001
Oleh itu , 100,000 unit x 0.0001 = USD 10 ( 10 dollars)
maka nilai 1 pip = USD 10.00

Ini bererti semakin besar modal anda gunakan, semakin besarlah nilai pips anda. 1 pip anda mungkin bernilai 10 sen, USD 10, USD20, USD 50, USD 100 dan seterusnya.

CUBA ANDA BAYANGKAN .... Kalau sehari anda dapat untung 30 pips dan nilai pip anda sebanyak USD 10 . ho..ho..ho.. anda sudah dapat USD 300 ( RM1,000 sehari)..... wow bestnya main Forex... income saya seribu sehari/ 20 ribu sebulan beb.

BUKA AKAUN

Biasanya ada 3 jenis akaun yang boleh anda buka dengan pihak brokers bagi membolehkan anda memasuki pasaran Forex. 3 jenis akaun tersebut ialah ;

MICRO ACCOUNT: Disyorkan anda deposit USD 250 walaupun setengah broker meletakkan amaun yang lebih kecil daripada itu.

MINI ACCOUNT : dicadangkan amaun deposit USD 2,500 keatas

STANDARD ACCOUNT : Dicadangkan mendeposit sebanyak USD 25,000 keatas.

BROKERS FOREX

Setakat ini Bank Negara belum mengeluar lesen kepada mana-mana firma dinegara kita untuk menjadi BROKER Forex. Anda boleh pilih berpuluh-puluh brokers Forex seperti FXCM, CMS, MIG,MARKETIVA dan lain-lain lagi.

Manakala FXCM ofis dia yang terdekat ialah di Singapura.

UNTUNG DALAM FOREX


Bagaimana untung dikira didalam forex ? Katakan pair GBP/CHF sekarang pada kadar 1.6000 dalam kedudukan Uptrend dan anda BUY/ENTER market pada kadar tersebut. kemudian anda SELL atau EXIT market pada kadar 1.6500




Ini bererti perbezaan nya ialah sebanyak [( 1.6500 - 1.600) = 0.0500] Maka nilai 0.0500 itu dikenali sebagai 500 pips atau 0.0001 adalah bersamaan dengan 1 pip.

Jadi bila anda "bermain" forex anda akan berkata " haha aku dapat 50 pips hari ni, atau laa.. aku rugilah 50 pips" . Berapa nilai/amaun pip itu? Ini akan saya perjelaskan dalam posting akan datang.


Begitu juga sekiranya anda mengalami kerugian, ianya dikira dalam bentuk pips juga.





Tuesday, April 14, 2009

KENAPA TRADE FOREX (2)

Sambungan ......

3. OVERHEAD KECIL . Untuk berdagang forex anda tak perlu nak sewa ofis. Cukup hanya berada dirumah saja. Mustahak ada laptop ada line internet. Staf pun tak perlu ada. Tapi yang penting adakah anda mempunyai knowledge pasal forex? ada skill ? ada displin ? Kalau belum bersedia, pi la join mana-mana kelas forex dulu.. atau pun mai pakat-pakat joint kelas yang dianjurkan oleh MENOREX. pasti ada puas hati.

4. ADA PELUANG HIDUP SENANG... Bila anda dah pandai trading forex disana anda akan tahu bahawa peluang untuk anda hidup senang terbuka luas. Tanya la sapa-sapa yang dok trading forex. Rupa-rupa nak cari duit bukanlah susah sangat. Tak perlu nak guna tenaga 4 kerat. pakai otak je dok depan komputer.

Sebab tu jangan kita pelik bila lihat ada teman-teman nampak relaks je.. Orang pagi-pagi dok bekejar-kejar pi kerja, dia dok melepak kat kedai kopi. Pakai kereta mewah. Nampak macam tak kerja buat tapi hidup mewah.. Rupa-rupanya member kita main forex.. Macam mana nak senang kita bincang lain kali .

5. ADA LEVERAGE/PENUASAN. Hebatnya forex ada leverage yang diberi oleh brokers.
Biasanya depa bagi leverage 1:100 atau 1:200 atau 1:400. Kalau anda main saham, anda perlu modal yang besar kerana nak beli saham mesti 1 to 1 . Dalam forex, kalau anda ada USD 1 anda boleh memiliki aset sebanyak 100x ganda ( kerana adanya leverage). Ini bererti dengan modal yang kecil anda mampu memiliki aset yang lebih besar. Kalau anda ada USD 1,000 anda boleh memiliki aset sebanyak 100x ganda atau 100,000 unit.... kat lain mana nak dapat. Pas tu tak ada interest pula tak kiralah berapa lama anda memilikinya.

FOREX PADA PANDANGAN ISLAM

Ramai orang yang mempertikaikan hukum halal-haram Forex ni. Saya tidak boleh beri apa-apa pandangan , maklumlah saya tidak memondok kat mana-mana pun. sila layari untuk mendapat pandangan

http://www.forexsyariah.blogspot.com/2007/12/hukum-forex-menurut-perspektif-islam.html

KENAPA TRADE FROEX (1)

Kenapa anda mahu menjadi Pedagang Forex ? Pelbagai alasan akan diberikan oleh seseorang. Apapun alasan mungkin kerana :

1. MODAL KECIL. Kalau kita mahu buat bisnes zaman la ni berapa modal kita perlu? 10 ribu cukup? 20 ribu cukup? 50 ribu cukup? atau lebih lagi... yang pasti tengok projek bisnes apa nak buat. Katakan kalau nak buka stall burger berapa ribu perlu. 2 ribu ringgit belum tentu cukup.
Akan tetapi hebatnya berdagang forex ni dengan modal yang kecil pun anda mampu membuka akaun mikro sebanyak USD 100.... cuba kita fikirkan... apa bisnes yang boleh kita buat kalau hanya bermodalkan USD100 (RM360).

2. BISNES 24 JAM. Waktu trading forex ialah 24 jam sehari selama 5 hari dari hari isnin - jumaat.. dan kita boleh pilih waktu yang paling sesuai untuk kita masuk pasaran forex samada pagi, tengahari, petang ataupun malam. Bagi anda yang berkerja diwaktu siang, anda boleh masuk pasaran forex diwaktu malam. Dan market tengah aktif ialah antara jam 8.00pm - 11.00pm.

bersambung esok.......

Monday, April 13, 2009

FOREX ADALAH SUATU BISNES

Bila anda membuat trading forex secara teknikalnya anda adalah pengurup wang (money changer) dan sebenarnya anda sedang melakukan trading tersebut secara on-line. Akhir-akhir ini Trading forex mula mendapat perhatian ramai dinegara kita Malaysia.

Tau kah anda bahawa sebelum 1994 kalau anda mahu trade forex anda perlu ada wang sebanyak USD 1 juta. Ketika itu tidak ramai yang mampu memasuki pasaran forex. Akan tetapi alhamdulliah perkembangan teknologi IT telah memberi ruang kepada kita untuk ikut turut serta didalam pasaran Forex. Kini hanya dengan bermodalkan sebanyak USD100 pun anda sudah boleh membuat akaun mikro dengan mana-mana brokers yang terpilih.
Forex mula mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia. Kini anda boleh menjadikan FOREX sebagai kerjaya pilihan.