Thursday, April 16, 2009

BERAPA NILAI 1 PIP


Anda sudah mengetahui bahawa untung/rugi didalam Forex dinyatakan didalam PIP. Oleh itu untuk mengetahui berapa nilai pip tersebut marilah kita lihat kenyataan dibawah;

AKAUN MIKRO
Kalau kita trade 1 lot = 1,000 unit.
untung bagi 1 pip = 0.0001 ( sila rujuk posting bab Untung ).
oleh itu, 1,000 unit x 0.0001 = USD 0.10 ( 10 sen)
maka nilai 1 pip adalah 10 sen USD.

AKAUN MINI
Kalau anda trade 1 lot = 10,000 unit
untung 1 pip = 0.0001
oleh itu, 10,000 unit x 0.0001 = USD 1.00 ( 1 dollar)
maka nilai 1 pip = 1 dollar

AKAUN STANDARD
kalau anda trade 1 lot = 100,000 unit
untung 1 pip = 0.0001
Oleh itu , 100,000 unit x 0.0001 = USD 10 ( 10 dollars)
maka nilai 1 pip = USD 10.00

Ini bererti semakin besar modal anda gunakan, semakin besarlah nilai pips anda. 1 pip anda mungkin bernilai 10 sen, USD 10, USD20, USD 50, USD 100 dan seterusnya.

CUBA ANDA BAYANGKAN .... Kalau sehari anda dapat untung 30 pips dan nilai pip anda sebanyak USD 10 . ho..ho..ho.. anda sudah dapat USD 300 ( RM1,000 sehari)..... wow bestnya main Forex... income saya seribu sehari/ 20 ribu sebulan beb.

2 comments: