Monday, April 27, 2009

DISPLIN DALAM FOREX -1

Untuk menjadi forex trader yang berjaya perlu kepada displin diri yang kuat. Semua orang boleh bercakap pasal displin, akan tetapi tidak ramai yang boleh beramal dengan apa yang dia sebut.

Apa makna displin? anda mungkin beri pelbagai tafsiran akan makna suatu displin. Pada saya displin dengan kata mudah ialah PERATURAN.

Samada kita sedar atau tidak bahawa dalam dunia ini penuh dengan displin yang telah ditetapkan oleh Allah keatas setiap makhlukNya yang perlu dipatuhi. Contohnya yang mudah ialah si air. antara displin yang perlu dipatuhi oleh si air ialah dia mesti mengalir dari hulu kehilir.Katakan satu hari air berkata,"boring la setiap hari aku asyik mengalir dari hulu kehilir. Hari ini aku tak nak ikut peraturan. Aku mahu mengalir dari hilir kehulu."

Apa akan jadi dengan dunia ini. Dunia ini akan banjir besar hanya kerana satu sebab iaitu si air tidak mahu ikut peraturan.

Begitu juga bila berdagang Forex, kalau kita telah tetapkan mahu dapatkan 50 pips sehari. Kalau sudah tercapai target yang kita tetapkan diawalnya maka seeloknya kita keluar dari pasaran pada hari tersebut. Kalau kita teruskan juga kerana ada sedikit perasaan tamak, kebiasaanya kita akan rugi lebih daripada itu..

Cuba pejamkan mata dan renungkan perkara ini.............

No comments:

Post a Comment