Sunday, June 28, 2009

ISLAM TAPI TAK ISLAMIK


Hari ini saya mahu berkongsi cerita dengan anda...... Islamik ke kita setakat ini ?.....
Pagi tadi saya breakfast kat kedai mamak. Sebelah saya sedang makan satu famili orang melayu kita. Si isteri dengan jubahnya, si suami dengan songkoknya dan janggut nya panjang persis jamaah tablih.Tiba-tiba datang seorang cina sami buddha dengan pakaian kuningnya meminta sedekah.
Saya perhati jer.... kawan kita ni buat don't know jer macam lembu kenyang tanpa menghulur wang walau sepuloh sen pun.Kedekut benar kawan kita yang bersongkok berjanggut panjang ni.
Kemudian si sami itu berlalu dari situ dan meminta sedekah dimeja lain pula.
Soalannya ???? .... dimanakah konsep hablum minna nas..... saya bukan ustaz tapi beginilah dalam banyak hal dan keadaan kita ini masih lagi kedekut untuk bersedekah, masih lagi tidak suka buat kebaikkan, bukan kah ISLAM itu buat kebaikkan.
Cuba saudara renungkan ..... ISLAMIK kah kita yang mengaku islam ini ?

No comments:

Post a Comment