Sunday, July 19, 2009

KURSUS DI KUNDASANG, SABAH


Maaf....... saya mengendalikan program LPU Peruncitan anjuran Bahagian Pembangunan Usahawan MARA mulai 14hb - 24hb.Julai di Hotel Perkasa, Kundasang, Sabah.


Jadi saya tidak berkesempatan untuk update entri blog ini. Muga kita ketemu lagi selepas 25hb. nanti.


Selamat trading forex......

Sunday, July 12, 2009

ISLAM TAPI TAK ISLAMIK (2)


Hari ini saya mahu berkongsi dengan anda mengenai sikap pemandu kita dijalan raya.
Pagi tadi semasa saya memandu dalam suasana jalan penuh sesak kat area Batu Caves, saya perhati seorang pemandu kita yang berketayap putih. Maaf bukan tujuan saya menghina orang yang berketayap. Orang yang berketayap putih membawa suatu imej yang islamik. Bila bawa imej islamik maka perangai kita mesti sentiasa terjaga lebih-lebih lagi semasa memandu kenalah juga islamik. Ingat, Kita sentiasa diperhati oleh masyarakat disekeliling kita yang berbilang bangsa dan ugama, maklumlah negara majmuk.
Apa yang berlaku, pak Ketayap tadi dah lah membawa kereta mencelah-celah , tidak beri laluan langsung kat orang lain, bila orang beri laluan haram tangan pun tak diangkat sebagai tanda ucapan terima kasih, muka pun buat sepuluh sen jer. Saya yakin anda pun biasa melihat keadaan seperti ini.
Cuba kita renungkan.. Bukankah menghormati orang itu ajaran Islam.. Islamik kah kita?
Kadang-kadang orang kapir tu perangai depa lebih islamik dari kita.... Apa komen anda ?

Friday, July 10, 2009

GBP/USD NAIK 351 PIPS

Ket Ketemu lagi saudara...... ramalan saya semalam bahawa GBP/USD akan naik, ternyata bahawa hari ini 09/07/09 GBP/USD telah mencecah paras 1.6377 dari 1.6026 iaitu bergerak sebanyak 351 pips.

Keadaan market masih dalam situasi uptrend dan dijangka mencecah ke 1.6700 dalam sehari dua lagi. Apakah ramalan ini menjadi kenyataan sama-sama kita lihat nanti.

Muga anda akan dapat membuat keuntungan, InsyaAllah.

Thursday, July 9, 2009

APAKAH GBP/USD SUDAH MENAIK

Kalau kita perhatikan chart dalam 1 hr, sesungguhnya sudah 7 hari GBP/USD menurun keparas yang paling rendah 1.5982. Dan hari ini baru la menunjukkan tanda-tanda GBP/USD mahu menaik kembali.

Chart 5 minit memberi petunjuk yang market akan berubah..... Apakah menjadi kenyataan sila tunggu sama-sama.

wassalam.

Thursday, July 2, 2009

NATIONAL DAY


HARI INI IALAH NATIONAL DAY untuk negara USA. Jadi kita dimalaysia leh la trade forex sampai kul 11 malam nanti.
Keadaan market GBP/USD sekarang masih dalam situasi Uptrend dan dalam keadaan sideway/ranging market dan belum lagi terjadi breakout.
Apa pun adalah dijangka insayaAllah ia akan terus naik lebih dari 100 pips dari paras sekarang 1.6497. Demikian la ramalan Nujum Pak Belalang.
Selamat trading...bye